Online: | |
Visits: | |
Stories: |
NESTUM® MENCARI BINTANG MEMASAK MUDAH DAN ENAK
NESTUM telah melancarkan peraduan EMPAYAR SAJIAN NESTUM, satu acara yang pertama kali diadakan bagi menobat peminat memasak yang menggunakan NESTUM dalam resipi masing-masing. Peraduan ini kini mula menerima penyertaan dari 1 April. Lima peserta finalis akan bertanding dalam acara kemuncak cook-off dan juaranya akan dinobat sebagai Raja atau Ratu Empayar Sajian NESTUM serta membawa pulang hadiah hebat bernilai sehingga RM50,000. Resipi juara juga akan diterbitkan dalam buku resipi memasak cepat dan mudah NESTUM. Semua peminat memasak yang berbakat dipelawa untuk menghantar resipi mudah, cepat dan berkhasiat ciptaan tersendiri menerusi halaman Facebook NESTUM®Malaysia .
“Masakan cepat, mudah dan berkhasiat adalah sesuatu yang dicari-cari oleh suri rumah dan‘home chef’ kerana mereka sering dibebani dengan tugasan harian. Kami dapati mereka berjaya memapar kreativiti yang tinggi melalui hasil resipi ciptaan masing-masing, menggunakan NESTUM sebagai sebahagian daripada ramuan masakan. Kami ingin mengiktiraf kemampuan mereka menerusi pelancaran Empayar Sajian NESTUM,” jelas Ng Su Yen, Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestlé Malaysia, untuk Milks.
“Kami ingin menggalakkan setiap peminat memasak mempamer resipi berkhasiat sebagai langkah ke arah cara hidup yang lebih sihat. Ia sebahagian komitmen kami untuk merealisasi matlamat Nestlé ke arah mencapai kehidupan berkualiti serta memberi sumbangan kepada masa hadapan yang lebih sihat,” tambah Ng.
NESTUM® telah sekian lama mengiringi kehidupan keluarga rakyat Malaysia, lebih 50 tahun sebagai asasi isi rumah yang digunakan secara kreatif sebagai sebahagian daripada ramuan resipi. Sebagai produk yang versatil, ia ideal dijadikan ramuan masakan kerana kebaikan multibijirin yang kaya dengan vitamin, mineral dan banyak lagi. Ng Su Yen dan Pengurus Kesejahteraan Korporat Nestlé Malaysia, Cik Cher Siew Wei, akan membarisi panel pengadil untuk mengisytihar dan menobat pemenang, sama ada Raja atau Ratu Empayar Sajian NESTUM.
Untuk menyertai peraduan, para peserta dikehendaki;
● Mencipta sendiri, resipi cepat dan mudah dengan mengguna sama ada NESTUM® All Family Cereal atau mana-mana NESTUM® Grains and More 3-in1 sebagai salah satu daripada ramuan
● Ambil gambar masakan anda bersama produk NESTUM® yang digunakan
● Sertakan ramuan resipi dan langkah penyediaan masakan
● Hantarkan penyertaan di NESTUM® Malaysia’s Facebook Messenger
● Sertakan nama, nombor Mykad, nombor telefon dan alamat emel.
Peraduan ini terbuka kepada penyertaan dari 1 hingga 30 April 2017. Finalis yang terpilih akan diumumkan sebelum 9 Mei. Untuk maklumat lanjut mengenai Empayar Sajian NESTUM®, sila kunjungi halaman Facebook kami.
Mengenai NESTUM®NESTLÉ
NESTUM mula diperkenal kepada rakyat Malaysia ketika1960an, sekaligus menyedia penyelesaian hidangan ramuan bijirin panas. NESTUM® adalah legasi Nestlé yang menyedia makanan kesihatan berkhasiat untuk hidangan kepada golongan dewasa muda dan sekeluarga.
Multibijirin NESTUM® diperbuat daripada adunan gandum penuh, beras dan jagung yangsarat dengan vitamin B1 dan zat besi. Multibijirin NESTUM® dikenali sebagai AROMALICIOUS® kerana ia satu-satunya fomula multibijirin di pasaran Malaysia yang diadun kaya berkhasiat dengan empingan aromatik keemasan yang lazat.
Mengenai Nestlé Malaysia
Nestlé, pengilang makanan dan minuman terbesar di dunia dan pengemudi kepada konsep Khasiat, Kesihatan dan Kesejahteraan, beribu pejabat di Switzerland. Sejak 1866, Nestlé komited menyedia produk berkualiti tinggi, lazat, selamat dan berkhasiat untuk dinikmati pelanggan, sejajar dengan ikrar slogan Good Food, Good Life. Menyediakan makanan berkhasiat kepada rakyat Malaysia sejak 1912 lagi, Nestlé berjaya mendapat kepercayaan pelanggan menerusi jenama dan produk berkualiti serta komitmen untuk menambah baik kehidupan komuniti di mana ia berkecimpung dan beroperasi. Di Nestlé, konsumer adalah denyut nadi kepada segala yang kami lakukan. Kami bermatlamat memberi kepuasan pelanggan dengan menyedia produk berkualiti terbaik; mengekal asal usul Swiss tetapi memasti tahap kecemerlangan Halal dan integriti. Untuk mengetahui bagaimana kami telah menyedia makanan berkhasiat kepada warga Malaysia sejak lebih seabad lamanya, sila layari www.nestle.com.my atau laman Facebook di http://www.facebook.com/NestleMalaysia.